Bayern kini di tahap terbaik

By Staff Writer 17 August 2017 1261
Bayern kini di tahap terbaik
Pengurus Bayern Munich, Carlo Ancelotti, menyifatkan pasukannya kini berada di tahap terbaik susulan aksi pra-musim yang agak suram.

Bayern ditewaskan oleh Arsenal, AC Milan, Inter Milan, Liverpool dan Napoli ketika aksi pemanas badan, namun sejak itu mereka menewaskan Borussia Dortmund untuk memenangi Piala Super DFL sebelum membelasah Chemnitzer 5-0 dalam perlawanan pusingan pertama Piala DFB-Pokal.

“Aksi pra-musim kami bukan sesuatu yang mudah. Apabila kami bermula, ramai pemain yang masih bercuti, jadi agak sukar untuk bersedia menghadapi kempen Jelajah Asia.

“Kami tewas dalam aksi persahabatan tetapi selepas memenangi dua perlawanan, segalanya tampak berada dalam kawalan.

“Kami berada di prestasi terbaik sekarang,” ujar Ancelotti.

Bayern bakal memulakan saingan Bundesliga musim ini menentang Bayer Leverkusen esok, dengan misi meraih kejuaraan liga buat kali keenam berturut-turut.

“Kami tidak sabar untuk memulakan aksi bertemu Leverkusen.

“Mereka mempunyai pengurus baru tetapi perlawanan pertama kebiasaannya akan menjadi sukar,” katanya.

Ancelotti bakal terlepas khidmat beberapa dalam aksi pertama akibat kecederaan seperti James Rodriguez, Jerome Boateng serta ketua pasukan, Manuel Neuer.

About Author

Staff Writer

Comment