BAYER LEVERKUSEN 0 BAYERN MUNICH 0

Bos Bayern Munich, Carlo Ancelotti, berasakan pasukannya berhak memperoleh lebih daripada satu mata daripada pertembungan Bundesliga menentang 10 pemain Bayer Leverkusen yang berakhir tanpa jaringan di BayArena, awal pagi tadi.

Pendahulu Bundesliga itu -- yang menghadapi Real Madrid dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah -- tidak beraksi seperti biasa di depan gol, gagal mengambil kesempatan ke atas kelebihan pemain mereka selepas Tin Jedvaj dibuang padang pada minit ke-59.

Keputusan seri itu membuatkan Bayern tanpa sebarang kemenangan dalam dua perlawanan di tempat lawan tetapi Ancelotti tidak kecewa dengan kegagalan pasukannya menggunakan peluang keemasan apabila mereka kekal lapan mata di puncak liga.

"Prestasi pasukan ini bagus. Kami bermain dengan kekuatan yang hebat, mempunyai banyak kemungkinan, tetapi kadang-kadang seri berlaku," kata Ancelotti.

"Saya fikir kami berhak menang. Kami memperolehinya tetapi Bayer Leverkusen bertempur dengan hebat. Kami perlu menerimanya."

Ancelotti juga mengesahkan bahawa, untuk kunjungan ke Madrid, Robert Lewandowski menunjukkan kemajuan yang baik selepas pulih daripada kecederaan, walaupun Bayern perlu menunggu berita mengenai Mats Hummels dan Jerome Boateng.

Sementara itu, bos Leverkusen, Tayfun Korkut, gembira apabila pasukannya tabah bertahan, dengan menjarakkan empat mata di belakang skuad dalam zon penyingkiran.

"Kami tahu kami akan banyak sengsara. Ia membuatkan kami tidak banyak menguasai bola," katanya.

"Saya bangga dengan pasukan dan cara kami mengekalkan satu mata di sini.

"Kami tidak membenarkan (Bayern) mencipta banyak peluang. Itu adalah sangat penting bagi kami."