REAL MADRID 1 ESPANYOL 0

Real Madrid kembali ke landasan kemenangan dalam saingan LaLiga dan naik ke tangga teratas dalam carta selepas menewaskan Espanyol 1-0 hasil jaringan babak pertama oleh Marco Asensio.


Madrid mencicirkan mata pertama di bawah kendalian Julen Lopetegui minggu lalu ketika berdepan Athletic Bilbao namun walaupun Gareth Bale, Marcelo dan Toni Kroos direhatkan dalam aksi pada awal pagi tadi.

Bekas tonggak Espanyol, Asensio, menerima hantaran leret daripada Luka Modric sebelum rehat, menyaksikan jaringan itu terpaksa disaksikan semula kerana pemain Sepanyol itu didakwa berada dalam kedudukan ofsaid sambil Lopetegui membuat keputusan untuk merehatkan Karim Benzema dalam 30 minit terakhir.

Mariano Diaz dibawa masuk untuk meraih aksi pertama buat kali kedua bersama pasukan selepas kembali ke Madrid daripada Lyon tetapi Espanyol hampir menyamakan kedudukan setelah Borja Iglesias melambungkan bola yang sedikit melepasi palang gol.

Pablo Piatti mencipta peluang terbaik pada minit ke-14 untuk memberikan keyakinan kepada persembahan Espanyol sambil sepakan tersasar daripada Isco merupakan satu-satunya ancaman utama Los Blancos dalam 30 minit pertama.

Hernan Perez melepaskan peluang sebelum rehat menerusi rembatan yang terus ke dakapan Thibaut Courtois yang dipanggil membarisi kesebelasan utama selepas Keylor Navas direhatkan susulan aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang AS Roma, pertengahan minggu lalu.

Walaupun Video Bantuan Pengadil (VAR) diperlukan, jaringan pendahuluan buat Madrid akhirnya muncul daripada Asensio selepas menerima hantaran Modric pada minit ke-41 dengan melepaskan rembatan rendah ke penjuru kanan gawang.

Diego Lopez menafikan percubaan Modric selepas aksi bersambung sebelum Isco mencemaskan bekas penjaga gol Madrid itu dengan rembatan lencong yang melewati palang gawang.

Namun, Espanyol hampir menyamakan kedudukan pada minit-65, apabila Iglesias mengambil kesempatan daripada kesilapan Sergio Ramos tetapi bola lambungannya yang melepasi jangkauan Courtois sekadar mengenai palang gol.