ROMA 1 PSG 1 (penalti 3-5)

Dani Alves membuat penampilan sulungnya untuk Paris Saint-Germain (PSG) ketika gergasi Ligue 1 itu membenam Roma dalam penentuan sepakan penalti 5-3 dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), hari ini.


Alves, yang menandatangani kontrak dengan PSG awal bulan ini walaupun kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, bermula di bek kanan dalam aksi seri 1-1 itu di Comerica Park.

Marquinhos meletakkan PSG di depan pada minit ke-36 menerusi rembatan rendah setelah memperagakan aksi tidak kemas pada awal perlawanan, namun Roma adalah pasukan yang lebih baik pada babak kedua.

Umar Sadiq menyamakan kedudukan selepas sejam perlawanan dan Roma dinafikan penalti oleh pengadil pada separuh masa kedua sebelum penentuan sepakan penalti diperlukan untuk memisahkan kedua-dua pasukan.

Hantaran dari bahagian atas oleh Gerson menyaksikan Sadiq menyambutnya dengan lutut sebelum pemain Nigeria itu melakukan sepakan yang melalui celah kaki penjaga gol, Alphonse Areola.

Hanya Gerson gagal untuk menukar gol dalam penentuan itu, dengan Marquinhos menjaringkan penalti terakhir dalam kemenangan 5-3 PSG.

Walaupun Alves membuat penampilan pertamanya untuk PSG, yang dikaitkan dengan bintang Barcelona, ​​Neymar, pemain baru, Hector Moreno dan Lorenzo Pellegrini, bermula untuk skuad Roma bimbingan Eusebio Di Francesco.

Jese Rodriguez sepatutnya boleh menjaringkan gol pada minit ke-21, bagaimanapun, penyerang itu tidak dapat menguasai bola dan mensia-siakan peluang itu.

Kedua-dua pasukan membuat pertukaran pada masa rehat dan ia mengambil masa untuk pemain gantian mencari keserasian di Detroit.

Alves mungkin bernasib baik kerana tidak dihukum dengan sepakan penalti pada minit ke-57 apabila pemain Brazil itu membuat terjahan yang menjatuhkan Diego Perotti di dalam kotak penalti.

Umar dijatuhkan oleh Preserk Kimpembe dalam kawasan penalti tetapi penalti yang dirayu oleh Roma sekali lagi tidak diendahkan.

Blaise Matuidi mempunyai tiga peluang lewat untuk PSG, termasuk gagal dalam percubaan jarak dekat dan terlepas dua peluang ketika satu lawan satu dengan penjaga gol.