Paco Alcacer gembira dengan peranannya di Barcelona walaupun penampilannya terhad di dalam kesebelasan utama pasukan musim ini.

Penyerang berusia 23 tahun itu menyertai Barcelona menjelang permulaan musim 2016-17 sebagai penambahbaikan dalam jentera serangan The Catalans.

Bagaimanapun, Alcacer bergelut mencipta impak, dengan Luis Enrique jarang menurunkannya kerana ketersediaan penyerang berbisa seperti Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar.

Dia berjaya mencetak satu gol ketika meraih kemenangan 4-1 ke atas Granada pada Ahad lalu di kala Messi terlepas aksi tersebut akibat penggantungan.

Alcacer menggantikan Rafinha pada minit ke-17 dan meledak gol penting selepas Jeremie Boga menyamakan kedudukan.

Alcacer menjelaskan dia tidak mahu merungut mengenai kekurangan masa bermain di dalam pasukan.

"Saya sangat gembira kerana dapat membantu pasukan ini," katanya.

"Jurulatih meminta saya untuk menggantikan pemain yang cedera dan itu yang telah saya lakukan.

"Setiap pemain Barca perlu bersedia dan memberikan yang terbaik."

Alcacer kini telah meledak empat gol dalam 19 penampilan untuk Barcelona.