Malaysia akan menentang Tajikistan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 9 November ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kiriman dalam Facebook hari ini memaklumkan aksi persahabatan itu merupakan perlawanan pemanas badan skuad negara menjelang perlawanan dengan Thailand dan Indonesia dalam aksi Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di venue sama bulan depan.

Skuad negara, yang kini menghuni ranking ke-158 dunia, akan menentang Thailand dalam aksi keempat pada 14 November depan dan disusuli pertemuan dengan Indonesia lima hari kemudian.

Malaysia kini menduduki tangga keempat daripada lima pasukan dalam Kumpulan G selepas mengutip tiga mata daripada tiga perlawanan.

-- BERNAMA