Perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Ivory Coast dan Senegal terpaksa dibatalkan berikutan rusuhan penonton ke dalam padang di Paris.

Perlawanan di Stade Charlety di ibu negara Perancis itu dibatalkan pada babak akhir apabila puluhan penyokong memasuki padang.

Pemain Senegal, Lamine Gassama, terperangkap dalam kekecohan itu selepas dijatuhkan oleh salah seorang penyokong sebelum perlawanan secara rasmi dibatalkan, dengan kedudukan semasa 1-1.

Bintang Liverpool, Sadio Mane, menyumbang gol untuk meletakkan Senegal di depan menerusi sepakan penalti pada minit ke-67.

Bagaimanapun, Gohi Bi Cyriac, menyamakan kedudukan tiga minit kemudian buat pesaing Afrika, Ivory Coast, yang melantik bekas bos Belgium, Marc Wilmots, sebagai jurulatih minggu lepas.