Pengurus, Gordon Strachan, memuji persembahan Scotland ketika melakar kemenangan 3-0 ke atas Lithuania yang dilihatnya sebagai persembahan yang hampir sempurna.

Dengan keperluan meraih tiga mata untuk memastikan mereka berada dalam kedudukan ketiga teratas Kumpulan F dalam saingan kelayakan Piala Dunia, pasukan pelawat itu menjaringkan dua gol separuh masa pertama dan menambah jaringan selepas perlawanan bersambung menerusi James McArthur.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk merapatkan kedudukan dengan penghuni tangga kedua, Slovakia, dengan skuad kendalian Strachan itu masih berpeluang untuk mendapatkan tempat bagi aksi play-off.

Bekas pengendali Southampton, Celtic dan Middlesbrough itu terkejut dengan salah satu persembahan terbaik dalam tempoh 90 minit yang pernah disaksikannya.

"Saya menyedari bahawa mereka telah mempamerkan persembahan yang mantap, ia adalah persembahan yang hampir sempurna.

"Untuk pengurus yang menjadi penonton buat seketika, itu yang telah saya lakukan, membenarkan mereka beraksi. Mereka memudahkan barisan kejurulatihan dengan persembahan mereka.

Kemenangan Slovakia ke atas Slovenia membantu Scotland menghuni tangga ketiga Kumpulan F dan ketinggalan empat mata dengan berbaki tiga perlawanan.

Strachan menegaskan pasukannya yakin mampu merekodkan tiga perlawanan tanpa kalah dengan berpotensi untuk melayakkan diri ke Piala Dunia.

"Pemain yang beraksi di pentas tertinggi. Pemain Celtic beraksi di pentas Liga Juara-Juara (UCL). Ia menunjukkan bahawa jika anda beraksi dalam kejohanan itu, anda mampu memberikan yang terbaik."

Scotland akan kembali beraksi pada Isnin ini berdepan Malta, yang tewas 4-0 kepada England.