Dua puluh pemain futsal wanita dipanggil ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Addie Azwan Zainal, untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 14 Mac di Arena Futsal FAM, Wisma FAM, Kelana Jaya.

Ia bagi persiapan menghadapi Kejohanan Futsal Wanita AFC 2018 yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 12 Mei 2018 di Bangkok, Thailand.

Hanya sembilan pemain daripada skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kendalian jurulatih terdahulu, Muizzudin Haris, dikekalkan, iaitu Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri, Noorasyeimah Mohamad Rashid, Nur Shazreen Munazli, Norhawa Md Yasin, Steffi Sarge Kaur, Hanis Farhana Shamsul Azizan, Siti Asnidah Zamri, Zur'ain Kamarudin dan Intan Sarah Anisah Zulgafli.

Seramai 11 pemain baharu dipanggil bagi melengkapkan senarai 20 pemain bagi kem latihan pusat kali ini, termasuk tiga pemain yang beraksi bersama skuad bola sepak wanita kebangsaan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, iaitu penjaga gol, Asma Junaidi serta Masturah Majid dan Nur Haniza Saarani.

Sementara itu, lima pemain – Nur Madihah Nadzari dan Felicity Agnes Ng (Perak), Fatin Shahida Azmi (Selangor United MPSJ FC), Nor Faizah Md Akhir (KL Felda United FC) dan Fasrina Amira Abdullah (KL Imigresen) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana daripada kalangan 20 pemain di atas mengalami kecederaan.

Selain berlatih di Wisma FAM, skuad futsal wanita kebangsaan juga akan berlepas ke Indonesia bulan depan bagi menjalani latihan di luar negara dan perlawanan persahabatan antarabangsa selama seminggu.

Dalam Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2018 nanti, skuad futsal wanita negara yang diundi dalam Kumpulan B akan membuka tirai menentang Bangladesh pada 2 Mei, sebelum bertemu Chinese Taipei pada 4 Mei dan Vietnam pada 6 Mei. Ketiga-tiga perlawanan akan diadakan di Bangkok Arena.

Dalam edisi pertama pada 2015 di Nilai, Negeri Sembilan, skuad futsal wanita kebangsaan berjaya mengakhiri kempen di tempat keempat.

Senarai penuh:

BIL.

NAMA

UMUR

PASUKAN

1

MASTURAH BINTI MAJID

28

SABAH

2

ASMA BINTI JUNAIDI

26

SABAH

3

RABIAH BISHRIYAH BINTI ABDUL KADIR

20

SARAWAK

4

NURUL HAMIRA YUSMA BINTI MOHD YUSRI

26

PERAK

5

NUR HANIZA BINTI SAARANI

22

PERAK

6

NUR FADHILAH BINTI SHAIK SHAHARUDDIN

23

PERAK

7

NOORASYIEMAH BINTI MOHAMAD RASHID

24

PERAK

8

SYAZALINA BINTI MOHD AFFANDI

27

PERAK

9

WAN ZUFIRAH BINTI MOHD NASIR

25

SELANGOR UNITED MPSJ

10

NUR SHAZREEN BINTI MUNAZLI

25

SELANGOR UNITED MPSJ

11

NORHAWA BINTI MD YASIN

25

SELANGOR UNITED MPSJ

12

STEFFI SARGE KAUR A/P SERGEANT SINGH

30

SELANGOR UNITED MPSJ

13

MASYITA BINTI MOHD TAJIB

29

NEGERI SEMBILAN

14

ZAWANI NISHA BINTI HABIB RAHMAN

29

KL FELDA UNITED FC

15

NUR IZZATI BINTI KAHIRUDIN

30

KL FELDA UNITED FC

16

HANIS FARHANA BINTI SHAMSUL AZIZAN

26

KL FELDA UNITED FC

17

SITI ASNIDAH BINTI ZAMRI

19

KL FELDA UNITED FC

18

ZUR’AIN BINTI KAMARUDIN

21

KL FELDA UNITED FC

19

INTAN SARAH ANISAH BINTI ZULGAFLI

19

KL FELDA UNITED FC

20

SITI NUR ATIQAH BINTI RASHID

26

KL FELDA UNITED FC