Zaquan azam buktikan kemampuan bersama skuad kebangsaan

By Staff Writer 4 October 2016
Zaquan azam buktikan kemampuan bersama skuad kebangsaan
Saingan Piala Suzuki AFF 2016 menjadi medan terbaik buat pemain Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Zaquan Adha Abdul Razak, bagi membuktikan dia masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada skuad senior kebangsaan.

Tidak dinafikan nasib sentiasa tidak menyebelahi Zaquan apabila dia bersama skuad kebangsaan.

Sejak berhadapan dengan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) pada 2012, Zaquan mengalami musim turun naik bersama pasukan yang diwakilinya, ATM, dan juga JDT II, sehingga menyekat peluangnya untuk membantu skaud Harimau Malaysia.

Begitupun, kali ini dia tampil dengan keazaman yang lebih tinggi dengan menjadikan Piala Suzuki AFF 2016, sebagai sasaran utama.

Ia juga bakal merintis peluang buat Zaquan untuk mencari ruang bagi saingan musim baru Liga Malaysia kerana kontraknya bersama JDT II bakal tamat penghujung tahun ini.

"Ini merupakan peluang untuk saya beraksi bersama pasukan kebangsaan, untuk saya menaikkan nama saya semula dan saya akan menggunakan peluang itu sebaik mungkin.

"Mengenai kontrak, saya tidak boleh memberikan apa-apa komen kerana ia lebih bersifat peribadi, jadi saya tidak boleh bercakap mengenainya," katanya.

Dalam pada itu, Zaquan tidak berasa kekok walaupun skuad Harimau Malaysia kali ini menampilkan beberapa muka baharu.

Jelasnya lagi, persefahaman di kalangan pemain akan dapat dibentuk dengan mudah seandainya masing-masing memahami percaturan yang diterapkan oleh pengendali, Datuk Ong Kim Swee.

"Bagi saya, tumpuan dalam latihan adalah lebih penting. Jika memikirkan tentang soal persefahaman, memang kami tidak selalu berkumpul bersama. Tetapi apa yang penting, kami menggunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk membentuk persefahaman bersama pasukan."

About Author

Staff Writer

Comment