Yusoff sedia pikul tugas timbalan presiden FAM

By Staff Writer 30 January 2017
Yusoff sedia pikul tugas timbalan presiden FAM

Timbalan Presiden, Melaka United Football Club (MUFC), Datuk Wira Yusoff Mahadi, tidak begitu berminat untuk bertanding jawatan timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun sedia memikul tanggungjawab berkenaan jika diberi peluang.

Yusoff, yang mendapat pencalonan daripada beberapa persatuan bola sepak negeri, tidak mahu terlalu terburu-buru memberikan keputusan, sebaliknya mahu berbincang dengan pihak yang berwajib.

"Saya berminat untuk bertanding kerana mendapat pencalonan, namun tidak menjangka terlalu ramai calon yang akan bersaing. Ingatkan setakat empat orang tapi rupa-rupanya 10 orang calon. Ini memerlukan perbincangan lebih teliti.

"Jawatan timbalan presiden FAM adalah orang penting dan tulang belakang yang akan membantu presiden menggerakkan skuad kebangsaan ke peringkat tertinggi," katanya.

Tambahnya lagi, dia hanya “kerdil” jika  dibandingkan dengan calon lain yang hebat dan sudah mempunyai pengaruh yang kuat dalam kancah bola sepak Malaysia.

Mereka adalah Datuk Seri Afandi Hamzah, Setiausaha Agung FAM, Datuk Mohd Hamidin Mohd Amin, Naib Presiden FAM, Datuk Rozabil Abdul Rahman, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal serta lima lagi calon yang nama mereka belum diumumkan.

 

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Jing Yi bergelut selepas beralih ke beregu wanita

By 30 Januari 2017. 9.47 AM