Usah terburu-buru -- Kim Swee

By Ammar Hakim 22 March 2017
Usah terburu-buru -- Kim Swee

Pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, tidak mahu pemain tergopoh-gapah memburu jaringan dan perlu kekal ampuh di bahagian benteng apabila berdepan Filipina dalam aksi persahabatan antarabangsa, malam ini.

Bagi Kim Swee, pemain-pemain juga perlu mengekalkan disiplin sepanjang permainan dalam usaha memastikan keputusan positif berjaya diraih ke atas Filipina di Manila.

Kim Swee percaya  barisan negara juga mampu melakar kemenangan jika pemain mengikut perancangan taktikal yang sudah dicanang.

“Kami tidak perlu terburu-buru menghadapi perlawanan ini, pemain-pemain perlu segera menyesuaikan diri mencari rentak perlawanan, tidak mustahil kami mampu meraih keputusan yang positif,” katanya.

“Jika kami tidak dibolosi dan berjaya menghasilkan gerakan menembusi barisan pertahanan lawan, kami akan menjaringkan gol.

Dalam pada itu, Kim Swee mengakui kepulangan Zaquan Adha Abdul Radzak ke tanah air pada semalam selepas bapanya meninggal dunia, mengurangkan pilihan pemain sayap kanan.

Namun, Kim Swee percaya pemain sedia ada dalam pasukan mampu beraksi di posisi itu jika diperlukan.

“Kami memiliki beberapa pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Zaquan, kepulangannya ke tanah air lebih penting untuk bersama keluarga.”

About Author

Ammar Hakim

Comment