Tommy Semmy harus diawasi -- Ong KIm Swee

By Staff Writer 14 November 2016
Tommy Semmy harus diawasi -- Ong KIm Swee

Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, tidak rela kekecewaan sama berulang dengan menegaskan penyerang Papua New Guinea (PNG), Tommy Semmy, antara pemain yang perlu dikekang anak buahnya.

Kekalahan ketika berdepan PNG, lima bulan lalu, masih terasa.

Justeru, Kim Swee tidak mahu kekecewaan sama berulang.

Sudah pasti pemusnah utama PNG, Semmy, akan dikekang habis-habisan, bagi memastikan keputusan pada petang ini memihak kepada Malaysia.

"Mereka menggunakan kekuatan fizikal untuk mengawal setiap keadaan, terutama penyerang mereka yang memakai jersi no.18 (Tommy Semmy) yang telah meledak dua gol berdepan kami sebelum ini ketika beraksi di sana.

"Pemain ini harus diawasi kerana mereka memiliki larian yang pantas serta mempunyai teknik yang cukup bagus," katanya.

Yang nyata, hasrat kemenangan mahu dijelmakan skuad Kim Swee kali ini demi mengatasi rekod terdahulu di mana Malaysia belum pernah menang ke atas pasukan itu.

Tambah Kim Swee, kelibat pemain-pemain PNG bukan untuk digeruni, namun kelebihan mereka yang memiliki kepantasan dan fizikal yang lebih baik dianggap sebagai ancaman yang perlu di atasi sebaiknya.

"Ketika mereka berdepan Iran, terutama di babak pertama, mereka bermain dengan cukup baik di mana mereka hanya ketinggalan 2-0.

"Mereka menerapkan corak serangan balas, jadi ini harus kita awasi apa jua helah pasukan Papua nanti," tambahnya.

 

About Author

Staff Writer

Comment