Tewas di Larkin jadi pengajaran berguna buat Pahang -- Nor Azam

By Ammar Hakim 4 March 2017
Tewas di Larkin jadi pengajaran berguna buat Pahang -- Nor Azam

Pemain tengah Pahang, Muhd Nor Azam Azih, mengakui kekalahan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Larkin malam tadi menjadi pengajaran berguna untuk membentuk kematangannya sebagai pemain.

Tonggak tengah berusia 22 tahun itu berasa kecewa kerana gagal mempertahankan kelebihan satu jaringan pasukannya selepas mendahului pada minit ke-15 untuk kesudahannya tewas 2-3.

Nor Azam berasakan dia dan rakan sepasukan telah membuat kesilapan apabila bergantung kepada corak serangan balas yang memberikan ruang kepada tuan rumah mengatur serangan.

“Kami leka selepas mendahului perlawanan, kami tidak terus memberikan tekanan kepada pasukan lawan dan ia menjadi punca kami dibolosi,” katanya.

Dalam masa sama, dia berharap dapat membentuk gandingan ampuh bersama rakan sepasukan, Ahmad Syamim Yahya, di bahagian tengah.

Nor Azam yakin menerusi tunjuk ajar jurulatih berpengalaman, Dollah Salleh, dia mampu meningkatkan prestasinya ke tahap lebih baik pada musim ini.

“Kepercayaan yang jurulatih berikan kepada saya untuk bergandingan dengan Syamim amat dihargai tetapi banyak lagi perkara yang perlu kami perbaiki untuk perlawanan akan datang.”

About Author

Ammar Hakim

Comment