Teka-teki Ilija Spasojevic

By Ammar Hakim 30 November 2016
Teka-teki Ilija Spasojevic

Penyerang berbisa, Ilija Spasojevic, masih berteka-teki mengenai status kontraknya bersama Melaka United.

Walaupun kontraknya bersama skuad Hang Tuah itu berbaki semusim lagi, pihak Melaka United Football Club (MUFC) tidak menghalang jika dia ada menerima tawaran daripada kelab lain.

Desas-desus mengatakan Spasojevic menerima tawaran daripada Selangor tetapi sehingga kini masih tiada perkhabaran. 

“Kita tunggu saja keputusan hari Ahad ini. Ke mana saja saya pergi, saya harap anda tetap menyokong saya,” kata Spasojevic ketika dihubungi.

Sementara itu, dua  pemain import yang telah sah berkhidmat untuk Melaka United ialah Omid Nazari yang merupakan pemain bola sepak dari Filipina serta pemain DRB-Hicom, Godwin Antwi.

Dalam masa yang sama, pihak pengurusan masih lagi memburu pemain berkualiti bagi menghadapi Liga Super 2017 yang dijangka bermula pada Januari.

About Author

Ammar Hakim

Comment