Syihan mahu jersi no.1 skuad B-22 negara

By Amirul Azreen 5 December 2016
Syihan mahu jersi no.1 skuad B-22 negara

Penjaga gol skuad B-22 negara, Ahmad Syihan Hazmi, enggan dibayangi dengan kehebatan pemain senior Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, untuk kekal menjadi pilihan utama Frank Bernhardt menjelang Sukan SEA tahun depan.

Syihan mula menjadi pilihan utama Bernhardt di benteng akhir selepas mempamer peningkatan prestasi bersama skuad Piala Presiden Kelantan.

Diturunkan dalam kesebelasan utama dalam perlawanan latihan bertemu Negeri Sembilan baru-baru ini, anak jati Kelantan ini juga bakal dipertaruhkan menentang Filipina, Khamis ini.

Namun, Syihan tampak berdepan tugas sukar untuk mengekalkan posisinya sehingga Sukan SEA nanti ekoran kelibat Khairul Fahmi yang memungkinkan aksinya terbatas musim depan.

"Dari aspek itu, latihan di atas dan di luar padang perlu cukup.

"Penting juga untuk saya meneruskan latihan individu ketika di luar padang," katanya.

Memiliki kelebihan fizikal berbanding dua penjaga gol lain, Syihan tampak mempunyai potensi besar untuk ke peringkat lebih tinggi, namun dia menegaskan tiada sebarang jaminan untuk berada dalam kesebelasan Skuad Projek Sukan SEA 2017.

"Persaingan memang sengit kerana Wak beraksi bersama Kedah dalam Liga Super manakala Hakimi merupakan penjaga gol Terengganu.

"Jadi, perebutan tempat itu agak sukar."

About Author

Amirul Azreen

Comment