Sukan SEA: Peluang Bernhardt uji anak buah di Piala Dubai

Oleh Shaiful Shamsudin 3 Februari 2017
Sukan SEA: Peluang Bernhardt uji anak buah di Piala Dubai
Skuad B-22 negara kendalian Frank Bernhardt bakal dikumpulkan untuk latihan pusat sempena menghadapi Sukan SEA bermula Mei sehingga berakhirnya temasya dwitahunan itu pada 31 Ogos depan. 

Perancangan itu diumumkan sendiri Timbalan Presiden, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Affandi Hamzah. 

Beliau berkata skuad muda negara akan beraksi dalam Kejohanan B-22 Piala Dubai dari 20-28 Mac depan. 

Kejohanan itu turut disertai pasukan B-22 negara seperti China, Arab Saudi dan juga pasukan tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

"Perbincangan sedang berlangsung untuk memuktamadkan perjanjian ini. 

"Apabila keputusan telah dibuat, ertinya pada bulan Mei nanti, pemain-pemain akan dipanggil untuk menjalani latihan pusat. 

"Proses perbincangan dengan pasukan kelab dan negeri juga sedang dijalankan," ujarnya.

Namun, Affandi tidak dapat memberi pengesahan sama ada setiap negeri dan kelab bersetuju atau tidak untuk melepaskan pemain muda mereka bermula Mei depan. 

"Perkara ini masih di peringkat perbincangan dan akan diteruskan. Kami akan muktamadkan keputusan ini pada Mei ini."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Comment