Sukan SEA: Beto sedia balas kepercayaan Bernhardt

Oleh Shaiful Shamsudin 1 Februari 2017
Sukan SEA: Beto sedia balas kepercayaan Bernhardt
Pemain tengah skuad B-22 negara, Ahmad Khairil Anuar, belum berputus asa biarpun namanya kini kian dipinggirkan bersama pasukan Perak dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Pemain yang sinonim disapa Beto itu merupakan antara bakat muda yang menyerlah di Perak pada awal musim 2015. 

Namun, sejak kehadiran Karl-Heinz Weigang Mei tahun lalu, Beto bukan lagi menjadi pilihan utama Perak, malah sukar menempatkan diri dalam kalangan 18 pemain. 

"Perasaan kecewa itu memang ada tapi perjalanan Liga Super masih terlalu awal untuk saya berasa kecewa kerana baru berlangsung dua perlawanan. 

"Saya perlu bermain dalam kesebelasan utama Perak sebagai persediaan saya menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur. 

"Untuk itu, saya perlu bekerja lebih kuat. Kalau saya saya tak dapat beraksi dengan Perak, saya akan buat yang terbaik bersama skuad B-22 jika diturunkan," ujarnya. 

Beto, bagaimanapun, bersyukur kerana Bernhardt masih memberi kepercayaan kepadanya untuk terus berada dalam skuad B-22. 

Dia berharap ruang yang diberikan oleh Bernhardt akan membuka mata Weigang bahawa dia punya keinginan untuk berada dalam kesebelasan utama. 

"Peluang untuk saya bermain di sana (Perak) agak tipis memandangkan saingan hebat dalam merebut posisi. 

"Saya mahu membuktikan kemampuan saya sewaktu bersama skuad B-22 sebagai bukti dan seterusnya dapat beraksi untuk Perak."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Comment