Stadium Hang Jebat venue PDRM musim 2017

By Ammar Hakim 15 January 2017
Stadium Hang Jebat venue PDRM musim 2017

Setiausaha Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Zulkefly Yahya mengesahkan The Cops kekal menggunakan Stadium Hang Jebat Melaka sebagai venue tuan rumah untuk saingan Liga Perdana 2017.

Skuad PDRM sebelum ini buntu mencari venue tuan rumah susulan banyak stadium tidak dapat digunakan disebabkan beberapa faktor tertentu.

Antara venue yang berada dalam radar PDRM adalah Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Stadium Shah Alam dan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Namun, semuanya dikatakan gagal mendapat lampu hijau sebelum mereka terpaksa memilih stadium sama seperti musim lalu.

"Kami mengekalkan venue kami di Melaka, kami telah mencuba untuk mencari stadium yang di pusat bandaraya, kami mengucapkan kepada pengurusan Stadium Hang Jebat kerana membenarkan kami beraksi di sana," kata Zulkefly.

Namun, susulan Stadium Hang Jebat hanya sedia digunakan pada pertengahan Februari, Stadium Proton Tanjung Malim bakal menjadi gelanggang tuan rumah untuk beberapa aksi awal mereka musim ini.

"Di awal musim ini, kami terpaksa beraksi di sebelah petang di Stadium Proton Tanjung Malim sebelum meneruskan saingan Liga Perdana di Melaka."

About Author

Ammar Hakim

Comment