Skuad Piala Presiden PKNP FC perkemas pasukan melalui perlawanan pra-musim

By Ammar Hakim 7 January 2017
Skuad Piala Presiden PKNP FC perkemas pasukan melalui perlawanan pra-musim

Skuad Piala Presiden, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC memulakan aksi pemanas badan pra-musim menentang Kedah FA di Sekolah Menengah Anderson Ipoh, petang tadi.

Walaupun tewas 3-1 kepada pasukan pelawat, namun jurulatih PKNP FC, A Pugelenthi, tetap optimis aksi pasti berbeza apabila kesemua pemain mudanya mula menemui rentak dan memahami taktikal yang diterapkan.

"Kebanyakan mereka (pemain) baru digabungkan dan ada yang tidak pernah beraksi di peringkat tinggi.  Namun, semangat yang ditunjukkan amat memberangsangkan".

Perlawanan ini turut disaksikan oleh Ketua Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, yang menyifatkan ini pelan jangka panjang pengurusan bagi membentuk pelapis kelab di masa hadapan.

"Beri masa dan kepercayaan.  Saya yakin skuad ini mampu menyerlah" tambah Abu Bakar.

 

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

Muar BC Seals Top Spot

By Ammar Hakim 7 Januari 2017. 11.22 AM