Skuad Piala Presiden, Piala Belia Sabah kini lengkap

By Ammar Hakim 7 January 2017
Skuad Piala Presiden, Piala Belia Sabah kini lengkap

Skuad Piala Presiden serta pasukan Piala Belia (bawah 19 tahun) Sabah kini telah lengkap selepas 30 pemain masing-masing mendantangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), hari ini.

Majlis menandatangani kontrak berkenaan diadakan di pejabat persatuan berkenaan dengan disaksikan Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang, pengurus serta jurulatih kedua-dua pasukan itu.

Skuad Piala Presiden yang dibimbing ketua jurulatih, Justin Ganai, menyaksikan seramai 20 muka baharu manakala selebihnya adalah pemain yang dikekalkan dari musim lalu.

Kebanyakan muka baharu itu juga adalah pemain yang beraksi bersama pasukan Piala Belia pada musim lalu, termasuk Hamran Peter, Md Sahri Abdul Razak, Yuseddy Yusiman, Mohd Nur Khairuddin Herlambang, Mohd Jaylanie Kamaruddin, Abdullah Rahman, Muhammad Ramzain Ramli, Mohd Jaiman Jamie, Eddy Ladius dan Stanley Sulong.

Turut diserapkan dalam pasukan ialah Mohd Anuar, Sullan Elvis Noh, Ranilson Batuil, Maazlan Norli, Mohd Hazani Matusin, Mohd Syafiq Mohd Salleh, Mohd Syahrafiezaim Samli, Mohd Nazri Sisa, Abdul Raihan Rajum dan Syafiq Suhaimi.

Sementara itu, mereka yang dikekalkan dari skuad musim lalu terdiri daripada Masmillan Anil Matlan, Mohd Azmizan  Ruslih, Mohd Radzji Saad, O'Neil Shanahan Marcelinus Bungkilan, Dexy MildyJuanis, Fazriel Hanafi Stepanus, Masran Masri, Tekson Tubeng dan Mohd Zaki Sapri.

Bagi skuad Piala Belia pula yang dikendalikan Jelius Ating, seramai 17 muka baharu didaftarkan, iaitu Mohamad Ramzi Mustakim, Junloycck Pini @ Andawat, Joslan Aping, Shahrul Asnan, Mohd Syahmil Nizam Iqbal Khan, Gerald Gadit, Mohd Naaim Firdaus Tibin, Mohd Fakrurazi  Ahmad, Syafiq Ichwan Saiman, Mohd Syukri Baharun, Mohd Aidil Muhimian, Beckham Rico Louisee, Muhammad Amirul Afiq Ali, Mohd Asri Rustam, Mohd  Hizaz Lokman, Mohd Iqhbal Kassim dan Muhd Sharul Nizam Junimin.

Dalam pada itu, seramai 13 lagi pemain ialah yang dikekalkan daripada skuad musim lalu, iaitu Jeniun Karib, Mohd Shariman Mukarim, Evan Wennsley Wenceslaus, Pican Piok, Kelvin Pengiran,  Leonardo Lisua, Mohd Aidil Safee, Mohd Aidil Shahrolmiizan Asimin, Adi Ali, Mohd Suzairee Samail, Arius Dius Jais dan Ellend Child Henry.

Pada musim lalu, skuad Piala Presiden gagal melepasi saingan peringkat kumpulan manakala skuad Piala Belia terkandas di suku akhir.

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

Muar BC Seals Top Spot

By Ammar Hakim 7 Januari 2017. 11.22 AM