Skuad B-22 lawan Myanmar pada Disember

By Amirul Azreen 5 November 2016
Skuad B-22 lawan Myanmar pada Disember

Skuad B-22 tahun negara kembali menjalani latihan pusat pada Sabtu bagi persiapan berdepan Myanmar bulan depan.

Jurulatih, Frank Bernhardt, berkata latihan yang akan berakhir pada 13 November ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mereka mempamerkan aksi lebih memberangsangkan berbanding perlawanan persahabatan menentang Brunei Darussalam, bulan lalu.

Enam muka baharu turut dipanggil Bernhardt ke latihan pusat untuk memperkuat pasukan menjelang persahabtan di Myanmar.

"Pada bulan Disember ini, kami telah mengesahkan dua perlawanan persahabatan lawan Myanmar dan mungkin pada Isnin kami akan mengenal pasti pihak lawan yang seterusnya," katanya.

Bernhardt masih belum dapat memutuskan barisan pemain yang bakal dikekalkan dalam skuad untuk menghadapi 6y7u7qaSukan SEA tahun depan.

Inginkan yang terbaik, dia memberi jaminan dapat membentuk pasukan secepat mungkin sebelum bermulanya sukan dwitahunan itu.

"Kami perlu sediakan senarai 40 hingga 50 pemain sebelum memilih 23 pemain terakhir untuk menghadapi Sukan SEA," tambahnya.

About Author

Amirul Azreen

Comment