Shakir sedia beraksi di bahagian pertahanan

By Ammar Hakim 7 January 2017
Shakir sedia beraksi di bahagian pertahanan

Pertahanan baru PDRM, Shakir Ali, berkata dia tidak berasa ganjil beraksi di posisi tersebut walaupun memulakan kariernya sebagai penyerang.

Daripada seorang penyerang ketika di Kedah, Shakir sudah mula beralih posisi kepada pertahanan bersama pasukan baharunya musim ini, PDRM.

Dipinjamkan dari PKNS, Shakir sebenarnya sudah mula diuji oleh jurulatih, E. Elavarasan, pada musim 2016 untuk bermain di posisi pertahanan.

Pemain kelahiran Jitra, Kedah ini sama sekali tidak kekok beraksi di posisi berkenaan biarpun memulakan karier selaku penyerang semasa di skuad Harimau Muda A dan Kedah.

“Bersama pasukan sebelum ini, saya pernah cuba mendapatkan tempat sebagai pemain pertahanan, tetapi ketika itu pasukan memiliki ramai pertahanan yang berkualiti, jadi saya diperlukan sebagai pemain penyerang,” katanya. 

Tegas Shakir, memang terdapat banyak perbezaan ketara jika dibandingkan beraksi di posisi penyerang dan pertahanan.

Mengakui semakin selesa dengan peranan baharunya itu, dia berharap mampu membentuk gandingan ampuh bersama Souleymane Konate di posisi pertahanan PDRM.

“Sebagai pemain pertahanan, kami perlu lebih peka membaca permainan, mengetahui gerakan-gerakan yang dilakukan oleh penyerang, saya sangat gembira beraksi di posisi ini kerana jurulatih mempercayai kebolehan saya.”

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

Muar BC Seals Top Spot

By Ammar Hakim 7 Januari 2017. 11.22 AM