Shahrul Saad mahu slot kesebelasan utama

By Staff Writer 7 October 2016
Shahrul Saad mahu slot kesebelasan utama

Tonggak pertahanan negara, Shahrul Saad, mahu menggunakan aksi persahabatan berdepan Singapura malam ini sebagai peluang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kesebelasan skuad negara.

Pertahanan berusia 23 tahun ini bertekad mahu membalas kepercayaan pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee, terhadapnya dalam perebutan tempat ke Piala Suzuki AFF bulan depan.

Sebelum ini, Shahrul lebih kerap digunakan selaku pemain gantian.

Namun, Kim Swee dijangka menggunakan pertahanan Perak ini dalam kesebelasan utama berdepan Singapura.

"Ini merupakan pentas yang mana pemain perlu ambil peluang untuk mengesahkan tempat dalam kesebelasan utama.

"Saya rasa kalau saya mendapat peluang itu, saya akan berikan yang terbaik," katanya.

Shahrul turut menyuarakan kesediaan berganding dengan mana-mana pemain selaku pertahanan tengah.

Khairul Helmi Johari dan Abdul Latif Suhaimi adalah anatara calon pemain yang mungkin bergandingan dengannya.

"Jika saya diturunkan, ini kali pertama saya digandingkan dengan mana-mana pemain.

"Bagaimanapun, saya tidak ada masalah komunikasi dengan mereka kerana kami sering berkomunikasi di atas padang. Mereka juga memberi sokongan kepada saya," tambahnya.

 

About Author

Staff Writer

Comment