Shahrom selesa beraksi di bawah kendalian Weigang

By Ammar Hakim 15 January 2017
Shahrom selesa beraksi di bawah kendalian Weigang

Pertahanan Perak, Shahrom Kalam tidak berdepan sebarang masalah bekerjasama dengan pengendali, Karl-Heinz Weigang sebaliknya selesa penerapan disiplin oleh jurulatih veteran berkenaan.

Sebagai jurulatih berpengalaman, gaya kejurulatihan Weigang ternyata sedikit berbeza dan dia menegaskan kepada barisan pemainnya.

Situasi berkenaan tidak menggusarkan Shahrom yang berpandangan ia cukup bagus kepada pembentukan Perak, musim ini.

Tambahnya falsafah diterapkan Weigang juga berkesan kepada pemain-pemain muda.

"Bagi saya jurulatih ini mampu meningkatkan mutu permainan kami terutama kami pemain-pemain muda, kami berharap dapat memberikan yang terbaik," kata Shahrom.

Pada masa sama, Shahrom tidak mahu peminat meletakkan harapan terlalu tinggi kepada Perak pada saingan awal Liga Malaysia.

Biarpun ada pihak meletakkan Perak mampu berada dalam kalangan tiga terbaik, dia mengakui pemain-pemain masih memerlukan masa untuk menghasilkan keserasian.

"Kami perlu bersifat realistik, penanda aras pasukan adalah pada perlawanan pertama dan dari situ kami mampu melihat hala tuju pasukan bagi musim 2017."

About Author

Ammar Hakim

Comment