Shahrom akui Guerra perlu diawasi

By Ammar Hakim 18 February 2017
Shahrom akui Guerra perlu diawasi

Pertahanan Perak, Shahrom Kalam mengakui kelibat penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Gabriel Guerra perlu dirantai untuk pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Perak,Ipoh, malam ini.

Shahrom bakal menjadi taruhan utama The Bos Gaurus di benteng akhir bersama Thiago Aquino bertemu JDT.

Gagal mempamerkan keampuhan ketika aksi terakhir Liga Super bertemu PKNS FC minggu lalu, dia mengakui tugas lebih getir menanti pasukannya kali ini.

Namun, Shahrom optimis skuad Perak mampu meraih keputusan positif sekiranya semua pemain memberikan komitmen tinggi terutama tidak memberi ruang kepada Guerra melakukan ancaman.

"Dia merupakan seorang pemain yang berkualiti dan semakin serasi dengan gaya permainan JDT, namun kami perlu memberikan tumpuan terhadap semua pemain pasukan lawan," kata Shahrom.

Sementara itu, pengendali JDT, Benjamin Mora mengakui kehadiran pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak tepat pada waktunya buat skuad Harimau Selatan menjelmakan kebangkitan dalam Liga Super musim ini.

"Kami sangat gembira dengan untuk mendapatkan khidmat Aidil, dia seorang pemain yang penting di dalam pasukan," ujar Benjamin.

About Author

Ammar Hakim

Comment