Sesi pengakraban Melaka United punya impak positif -- Yusoff

By Ammar Hakim 12 December 2016
Sesi pengakraban Melaka United punya impak positif -- Yusoff

“Saya berpuas hati. Sesi pengenalan antara pemain ini adalah satu program yang sangat bagus," kata Timbalan Presiden Melaka United Football Club (MUFC), Dato Wira Yusoff Mahadi.

"Kami tidak pernah melakukan program sebegini tetapi  dengan kedatangan (jurulatih) Eric Williams, langkah ini beliau ambil untuk merapatkan pemain-pemain yang baru ini sebagai satu keluarga."

Kepuasan tersebut diluahkan Yusoff mengenai impak yang ditunjukkan oleh pemain-pemain selepas pulang daripada sesi pengenalan yang diadakan di Desaru bersama dengan pengurusan tertinggi MUFC, seminggu yang lepas.

Ujarnya lagi, impak berkenaan dilihat daripada segi pergaulan pemain baru dan sedia ada yang mulai rapat dan sudah mula bergurau-senda antara satu sama lain.

Hal ini kerana Williams mahu menyuntik semangat kerjasama yang luar biasa antara pemain sebelum menghadapi perlawanan persahabatan dengan Felcra FC di Stadium Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya, pada 17 Disember ini.

Dalam perkembangan lain, Yusoff turut berkata jersi Melaka United masih mengekalkan warna yang sama tetapi akan ada perubahan pada rekaan.

Mamee pula akan kekal menjadi salah satu penaja manakala Edra masih menjadi penaja utama pasukan di samping ada  beberapa syarikat lagi yang menunjukkan minat untuk menaja. 

Kini, persiapan Skuad Hang Tuah berjalan lancar dan hampir 80 peratus daripada kuota 30 pemain telah pun lengkap.

Dalam pada itu, pihak MUFC juga masih berbincang dengan beberapa penaja bagi membawa masuk pemain bertaraf bintang, Amri Yahyah dan R. Gopinathan, seperti yang dihebohkan dua hari lalu.

Keputusannya dijangka diketahui hari ini.

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

Lim Chi Wing tebus kekecewaan 2014

By Amirul Azreen 11 Disember 2016. 12.54 PM