Semmy tekad hukum Malaysia di Shah Alam

By Amirul Azreen 14 November 2016
Semmy tekad hukum Malaysia di Shah Alam

Penyerang Papua New Guinea, Tommy Semmy, tidak tertekan dengan perhatian yang mula diberikan Malaysia terhadapnya, malah dia miliki azam yang sama mahu menghukum Malaysia di Stadium Shah Alam.

Ia merupakan perlawanan yang dinantikan pemain berusia 22 tahun itu.

Tegas Semmy, walaupun Malaysia sudah mula beri tumpuan terhadapnya, itu bukan halangan terbesar untuk dia mencari ruang terbaik mencetus jaringan ketiga peribadinya ke atas skuad negara.

"Bahagian pertahanan kami akan mendapat tentangan hebat daripada Malaysia tetapi kami hanya akan memberi fokus terhadap permainan yang telah ditetapkan jurulatih bagi mencapai apa yang kami harapkan," jelasnya.

Perangkaan untuk memburu jaringan ke atas Malaysia sudahpun dikenal pasti, namun Tommy mengakui kehadiran muka muka baru di perisai Malaysia sedikit-sebanyak memberi kesukaran untuk dia menilai sejauh mana kekuatan Malaysia kali ini.

"Saya tahu Malaysia sudah pasti tidak mahu tewas di laman sendiri, jadi saya menantikan saingan sengit dalam perlawanan esok (hari ini)," tambahnya.

 

About Author

Amirul Azreen

Comment