"Saya berpuas hati" - Yusoff Mahadi

By Ammar Hakim 30 November 2016

Timbalan Presiden Melaka United, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menyatakan beliau berpuas hati dengan corak latihan yang diterapkan oleh jurulatih Eric Williams.

“Saya sangat berpuas hati dengan corak latihan yang diterapkan oleh Eric, dan saya harap para pemain dapat menyesuaikan diri dengan latihan yang diberikan”. Katanya ketika ditemui di Stadium Hang Tuah.

 Beliau sempat meninjau sesi latihan pagi ini  kerana ingin  berbincang mengenai beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan secepat mungkin  bagi memastikan skuad Melaka United cukup bersedia menghadapi perlawanan pra persahabatan  yang bakal diadakan pada 17, 24 dan 30 Disember ini.

Dalam perkembangan pihak MUFC telah mengesahkan beberapa pemain tempatan yang akan  berkhidmat untuk skuad berkenaan bagi saingan Liga Super 2017.

Mereka adalah Izzaq Faris daripada T-Team, Faizal Mohammad bekas ketua pasukan PDRM FA, Pemain sayap Pahang FA, Fauzi Roslan.

Skuad Hang Tuah itu turut menyambar dua pemain Sime Darby FC iaitu Akmal Zahir dan Syed Sobri. Seorang pemain JDTd II, anak jati Melaka iaitu Akmal Ishak serta pemain PKNS FC, Khairu Azrin.

 

About Author

Ammar Hakim

Comment