Sathianathan jurulatih baru Felda United

By Ammar Hakim 20 February 2017
Sathianathan jurulatih baru Felda United

B. Sathianathan membuat keputusan mengejut untuk menerima tawaran selaku ketua jurulatih baharu Felda United dan melepaskan jawatan Ketua Jabatan Kejurulatihan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Sesudah berbincang selama seminggu, Sathianathan akhirnya memutuskan untuk kembali ke padang selaku ketua jurulatih selepas dua tahun.

Malah, dia sama sekali tidak menyesal melepaskan peranannya di FAM walaupun baharu menjawat berkenaan pada 4 Januari lalu. 

Baginya, dia lebih merindui tugas sebagai jurulatih walaupun sentiasa bekerja dalam tekanan.

"Saya sudah 26 tahun sebagai jurulatih. Walaupun menghadapi banyak tekanan, kembali bertugas mengendali pasukan adalah sesuatu yang saya rindui," katanya.

Akan terus bertolak ke Singapura pada Selasa bagi menyaksikan aksi Felda dan Tampines Rovers dalam Piala AFC, tugas rasmi pertama Sathianathan bakal bermula pada 25 Februari menentang Perak di Jengka.

Satianathan menjelaskan kehadiran ramai bekas pemain yang pernah bersamanya sebelum ini akan memudahkan lagi perancangannya di Felda.

"Saya akan cuba memberikan pengalaman kepada mereka yang mampu membawa perubahan di dalam pasukan."

About Author

Ammar Hakim

Comment