"Salah satu piala musim 2017 kita punya" -- Idris Haron

By Ammar Hakim 25 October 2016

Presiden Melaka United, Datuk Seri Utama Idris Haron, mendedahkan hasratnya untuk pasukan itu memenangi salah satu daripada tiga piala pada musim 2017.

“Hasrat saya satu, untuk memenangi salah satu piala.

"Itu misi saya sebagai Presiden Melaka United Soccer Association (MUSA).

"Kami mesti memenangi sama ada Piala Malaysia, Piala FA atau Liga Super,” katanya ketika ditemui di Majlis Konvoi Piala Liga Perdana di Dataran Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB).

Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan tertinggi MUSA untuk memikirkan segala strategi untuk mencapai hasrat berkenaan.

Tegas Idris lagi, untuk mencapai hasrat itu, MUSA harus memastikan segala proses ke arah kemenangan adalah satu proses yang berkualiti bagi mendapatkan hasil yang berkualiti.

Melaka United menjuarai Liga Perdana yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 menentang Sime Darby di Stadium Hang Jebat, Sabtu lalu.

About Author

Ammar Hakim

Comment