Ronny tuntut komitmen tinggi rakan sepasukan

By Staff Writer 29 September 2016
Ronny tuntut komitmen tinggi rakan sepasukan
Pertahanan Harimau Malaysia, Ronny Harun, mengakui tugasan menyarung jersi negara kali ini lebih sukar apabila majoriti pemain merupakan pemain muda yang masih baru dengan skuad kebangsaan. 

Bukan memperlekehkan nama-nama baru yang mendapat perhatian jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee, namun sebagai pemain berpengalaman, Ronny dapat melihat kesukaran skuad negara ketika ini. 

"Mungkin jurulatih mahu menggandingkan muka lama dengan baru. 

"Saya harap nama baru yang dipanggil dapat memberi komitmen," kata tonggak pertahanan Sarawak itu. 

Ia turut ditambah dengan ketiadaan beberapa nama yang menjadi tulang belakang Harimau Malaysia yang telah mengumumkan persaraan mereka baru-baru ini. 

Nama Ronny kembali berada dalam senarai Kim Swee yang memberi kepercayaan untuk anak jati Sabah itu kembali menyarung jersi negara. 

Mengakui kekok dengan situasi ketika ini, Ronny bagaimanapun menegaskan dia perlu cepat serasi bagi memastikan kelibatnya selaku pemain senior tidak sia-sia. 

"Kami tak boleh janjikan kemenangan kerana permainan bola sepak adalah sukan berpasukan. 

"Maka, semua pemain kena beri 100 peratus."

About Author

Staff Writer

Comment