Qayyum mahu kembalikan TRW kebal di Kota Bharu

By Ammar Hakim 4 March 2017
Qayyum mahu kembalikan TRW kebal di Kota Bharu

Itu janji pertahanan Kelantan, Qayyum Marjoni Sabil, untuk memastikan The Red Warriors kembali kebal di laman sendiri menentang T-Team, malam ini.

Skuad Kelantan ditimpa nasib malang beraksi di Kota Bharu musim ini susulan tewas dalam tiga perlawanan.

Lebih mengecewakan, mereka gagal menghasilkan gol dalam tiga kekalahan itu ketika bertemu Kedah, Melaka dan Selangor.

Qayyum, bagaimanapun, menegaskan episod sama tidak akan berulang selepas berjaya meraih kemenangan motivasi menewaskan Perak 4-2 di Ipoh, Rabu lalu.

"Kami akan berusaha bersunguh-sungguh bagi menamatkan badi kekalahan di laman sendiri. Selepas ini, kami akan berehat panjang, jadi dalam perlawanan ini, kami akan memberikan yang terbaik," katanya.

Bekas pemain Harimau Muda dan kapten Piala Presiden Kelantan ini sekali lagi bakal menjadi taruhan utama Zahasmi Ismail di benteng akhir bertemu T-Team.

Pemain berusia 23 tahun ini, bagaimanapun, mengakui mereka perlu waspada dengan tentangan T-Team yang turut mendambakan tiga mata penuh daripada perlawanan ini.

About Author

Ammar Hakim

Comment