Proses pengundian Kongres FAM telus -- Hamidin

By Ammar Hakim 22 March 2017
Proses pengundian Kongres FAM telus -- Hamidin

Setiausaha Agung, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, memberi jaminan proses pengundian yang telus dalam Kongres FAM Ke-53, Sabtu ini.

Bagi memastikan ketelusan pengundian, FAM menubuhkan jawatankuasa pengawas pemilihan bagi memantu perjalanan proses pemilihan dan pengundian.

"Selepas undian dilakukan, segala pengiraan akan dilakukan di hadapan perwakilan, media dan semua tetamu yang hadir," katanya.

Mengenai khabar angin membabitkan ada calon yang mungkin menarik diri pada saat-saat akhir, Hamidin mengesahkan hal itu tidak akan berlaku.

Tegas Hamidin, sehingga kini belum ada calon yang mengemukakan permohonan secara rasmi untuk menarik diri.

Hamidin turut menegaskan perwakilan yang sudah dicalonkan oleh ahli gabungan masing-masing untuk ke kongres FAM tidak boleh ditukar.

Kongres FAM kali ke-53 ini bakal menjadi pemilihan yang paling sengit membabitkan perebutan semua jawatan, terutama kerusi presiden FAM.

Nadi Arena akan membawakan secara langsung Kongres FAM bermula jam 10 pagi Sabtu ini sehingga kesemua keputusan pemilihan diumumkan.

About Author

Ammar Hakim

Comment