PKNS perlu pertingkat mutu komunikasi di atas padang

By Ammar Hakim 18 February 2017
PKNS perlu pertingkat mutu komunikasi di atas padang

Pemain skuad PKNS, Shahrul Azhar Ture menagih komunikasi dan persefahaman antara satu pasukan untuk mereka menewaskan T-Team dalam aksi Liga Super, malam ini.

Bagi Shahrul, kurangnya komunikasi antara satu sama lain menjadi punca kekalahan sewaktu berdepan Melaka United pada aksi pusingan kedua Piala FA tempoh hari.

Untuk itu, Shahrul meminta pasukannya lebih bijak berkomunikasi di atas padang ketika berdepan T-Team.

Oleh itu, tidak kira siapa yang meraih gol terlebih dahulu, PKNS perlu sentiasa agresif membuat asakan ke kubu tuan rumah.

"Kami perlu berkomunikasi lebih baik terutama sekali di penghujung perlawanan untuk membawa pulang mata daripada perlawanan ini," ujar Shahrul.

Setelah mengharungi empat perlawanan liga dan berjaya melakar dua kemenangan, Shahrul menjangkakan saingan pasti lebih mencabar antara semua pasukan yang masing-masing ingin mengejar mata dan tidak boleh memandang rendah terhadap mana-mana skuad sekalipun.

"PKNS perlu kembali rentak permainan yang cemerlang untuk mengukuhkan kedudukan di dalam saingan liga musim ini."

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

Shahrom akui Guerra perlu diawasi

By Ammar Hakim 18 Februari 2017. 9.51 AM