Piala Suzuki: Kim Swee rancang sesi latihan mantapkan sentuhan penyudah

By Shaiful Shamsudin 16 November 2016
Piala Suzuki: Kim Swee rancang sesi latihan mantapkan sentuhan penyudah
Skuad kebangsaan berlepas ke Yangon, Myanmar pagi tadi untuk menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 

Tumpuan utama sudah pasti aksi pembuka tirai Kumpulan B menentang Kemboja, Ahad nanti, dengan kemenangan bakal meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk memburu tempat ke separuh akhir seperti yang disasarkan. 

Menurut pengendali skuad senior kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, beliau akan lebih menumpukan kepada ketajaman bahagian serangan dalam persiapan untuk menghadapi pertemuan itu nanti. 

"Kita mempunyai empat penyerang, Ahmad Hazwan Bakri, Darren Lok, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali. Mereka ini pemain yang berbeza. 

"Norshahrul dan Safee mempunyai pengalaman yang luas. Kita juga boleh nampak Hazwan dan Darren sebagai pengganti mereka. 

"Dengan adanya keempat-empat pemain ini, sudah tentu saya dapat meluangkan masa lebih banyak untuk menerapkan latihan menyerang dan dalam masa yang sama, mereka dapat bergandingan antara satu sama lain," katanya. 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment