Piala Suzuki AFF: Cong Vinh tahu selok-belok skuad Malaysia

By Shaiful Shamsudin 23 November 2016
Piala Suzuki AFF: Cong Vinh tahu selok-belok skuad Malaysia
"Saya mengenali pemain Malaysia," itu pengakuan penyerang berpengalaman Vietnam, Le Cong Vinh, yang bertekad membawa pasukannya menempah tiket lebih awal ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2016.

Cong vinh sememangnya menjadi harapan utama skuad Vietnam.

Kaya pengalaman di pentas AFF, penyerang berusia 31 tahun itu muncul wira Vietnam ketika aksi pertama bertemu Myanmar, Ahad lalu.

Dia meledak gol kemenangan, sekaligus membantu pasukannya meraih tiga mata berharga dan kudratnya sekali lagi ditagih ketika berdepan Malaysia pada petang ini.

"Saya mengenali pasukan dan pemain Malaysia kerana kerap beraksi menentang mereka baik di peringkat Piala Suzuki AFF mahupun perlawanan persahabatan," ujarnya. 

Cong Vinh dijangka bergandingan dengan Nguyen Van Quyet yang turut memiliki rekod baik dengan menyumbat enam gol tahun ini.
 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment