Piala Suzuki AFF: Ahmad Hazwan utamakan sumbangan berpasukan berbanding soal gol

By Shaiful Shamsudin 23 November 2016
Piala Suzuki AFF: Ahmad Hazwan utamakan sumbangan berpasukan berbanding soal gol
Tatkala tumpuan terarah kepada Amri Yahyah, penyerang negara, Ahmad Hazwan Bakri, mahu mengambil peluang itu untuk membantu Harimau Malaysia membenam ego Vietnam dalam aksi kedua Piala Suzuki AFF, petang ni.

Hazwan jelas belum mempamerkan keupayaan sebenar jika mengambil kira perlawanan menentang Kemboja, Ahad lalu.

Penyerang Selangor itu kurang melakukan gerakan-gerakan berbahaya sekalipun muncul pencetus jaringan kedua Amri pada babak kedua.

Lantas, aksi berdepan Vietnam tampak menjadi peluang terbaik untuk Hazwan menyinar, walaupun kemenangan secara berpasukan menjadi keutamaannya.

"Bagi saya, tidak menyinar bukanlah menjadi masalah sebab yang penting adalah kemenangan pasukan. 

"Apatah lagi perlawanan bertemu Vietnam ini adalah penting. 

"Saya tidak terlalu memikirkan kejayaan individu tapi kalau berpeluang, sudah pasti saya akan menjaringkan gol," ujar pemain yang sedang dikaitkan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu. 

Berdasarkan sesi latihan skuad negara semalam, Hazwan akan beraksi sebagai penyerang tunggal sambil dibantu Amri dan Syazwan Zainon.

Pendekatan berbeza juga tampak dicanang Kim Swee di bahagian tengah dan pertahanan, dengan gandingan baru dibentuk bagi menyaingi kekuatan Vietnam.

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment