Piala FA: Perak mara ke pusingan ketiga

By Ammar Hakim 15 February 2017
Piala FA: Perak mara ke pusingan ketiga

Perak meneruskan cabaran ke pusingan ketiga saingan Piala FA selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas PBMS FC di Stadium Perak, malam ini.

Skuad bimbingan Karl-Heinz Weigang bangkit mencari kemenangan selepas tewas 3-2 kepada PKNS FC dalam saingan liga Sabtu.

Gol perlawanan dihasilkan Vladislav Mischev pada minit ke-14 dan Faton Toski merakamkan dua jaringan pada minit ke-26 dan 49.

Dalam satu lagi aksi yang berlangsung di Stadium Likas, KDMM FC tersingkir apabila tumpas 4-0 kepada MOF FC.

Rudie Ramli membuka jaringan buat pasukan pelawat pada minit ke-31 sebelum Mohd Dzaiddin Zainudin mendapat jaringan selang enam minit kemudian.

Dalam babak kedua perlawanan, Rudie Ramli menggandakan jaringan pada minit ke-81 sebelum Abd Halim Harun melengkapkan kemenangan MOF FC.

About Author

Ammar Hakim

Comment