Piala Emas Raja-Raja: Kedah, KL mara ke suku akhir

By Ammar Hakim 7 November 2016
Piala Emas Raja-Raja: Kedah, KL mara ke suku akhir

Kedah meneruskan kemaraan ke suku akhir dalam saingan Piala Emas Raja-Raja selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Terengganu dalam aksi terakhir Kumpulan C, petang semalam.

Mohd Nabil Ahmad Latpi muncul wira Kedah dengan jaringan tunggal pada masa kecederaan babak pertama, memadai untuk mengecewakan Terengganu, yang juga semi finalis tahun lalu.

Meskipun berusaha mencari gol penyamaan selepas itu, jentera serangan Terengganu gagal menewaskan penjaga gol Kedah, Mohd Muhaimin.

Ketumpulan barisan hadapan Terengganu yang diketuai Muhd Azrean Abd Aziz menyempurnakan peluang nyata dihukum, sekaligus gagal untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian tahun lalu.

Dengan tiga mata ini, Kedah menamatkan peringkat kumpulan di tangga teratas dengan tujuh mata.

Turut mengiringi ke suku akhir adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) yang mengatasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0.

Perlawanan suku akhir akan diadakan secara timbal balik pada 16 dan 20 November ini.

Kredit foto: Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah

About Author

Ammar Hakim

Comment