Percaturan Selangor menjadi -- Maniam

By Ammar Hakim 18 February 2017
Percaturan Selangor menjadi -- Maniam

Pengendali Selangor, P. Maniam, menyifatkan kemenangan 3-1 ke atas Felda United dalam aksi Liga Super semalam adalah kerana pemain mengikut percaturan taktikal yang ditetapkan.

Selepas aksi Liga Super bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan aksi pusingan kedua Piala FA berdepan Negeri Sembilan, Maniam mengakui pemain sedikit keletihan.

Bagi mengatasinya, Maniam mengatur corak permainan serangan balas bagi menangani Felda.

"Felda menguasai permainan dan kami telah melancarkan serangan balas untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini. Barisan pertahanan telah memberikan yang terbaik bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kami," ujarnya.

Dalam pada itu, pemangku ketua jurulatih Felda United, Mohammad Nik, mengakui kecewa pasukannya tumpas walaupun menguasai permulaan babak pertama perlawanan.

Mohammad tidak menolak faktor kekalahan Felda adalah kerana kealpaan benteng pertahanan.

"Ketiga-tiga gol Selangor dalam separuh masa pertama merupakan hasilkan kelalaian pertahanan Felda," jelasnya.

 

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

KLHC tagih bisa Muhammad Razie

By Ammar Hakim 18 Februari 2017. 10.35 AM