Perak temui rentak kemenangan

By Ammar Hakim 19 February 2017
Perak temui rentak kemenangan

Nasir Basharuddin menyifatkan Perak makin serasi apabila berjaya menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1 dalam aksi Liga Super di Ipoh, malam tadi.

Oleh itu, pemain tengah yang rajin itu mengharapkan rakan-rakannya dapat mengekalkan momentum ini apabila bertemu Felda United, 25 Februari ini.

"Bila tewas kepada PKNS dalam perlawanan lalu, kami kaji balik perlawanan dan mengenal pasti apa yang silap. Kami menterjemahkannya malam ini (tadi).

Ditanya gandingannya bersama Hafiz Kamal, Nasir berkata "Ya, saya semakin selesa.

Rakan sepasukan, Mohd Shahrom Kalam, yakin kemenangan malam tadi adalah atas disiplin tinggi yang dipamerkan oleh pasukannya.

"Kami bermain dengan yakin malam ini.  Kelebihan Perak ialah kami mempunyai pemain yang boleh bermain di pelbagai posisi," ujar Shahrom.

Ini adalah perlawanan ketujuh Perak dan JDT di Stadium Perak sejak 2013.

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

JDT rebah di bumi Ipoh

By Ammar Hakim 18 Februari 2017. 3.12 PM