Penarikan diri Khairy, Annuar bakal berlaku -- Yusoff

By Amirul Azreen 9 February 2017
Penarikan diri Khairy, Annuar bakal berlaku -- Yusoff

Timbalan Presiden, Persatuan Bola Sepak Melaka, Datuk Wira Yusoff Mahadi, yakin pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tidak berhadapan pencabar dalam Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 25 Mac depan.

Walaupun ketika ini bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, sudah menghantar borang pencalonan bagi mencabar jawatan presiden FAM, Yusoff yakin penarikan diri Annuar akan berlaku sebaik sahaja Tunku Ismail menyatakan kesediaannya untuk bertanding.

Yusoff yakin semua pihak akan memberi ruang kepada Tunku Ismail mengemudi FAM bagi melunaskan hasrat semua pihak untuk melihat perubahan besar berlaku dalam arena bola sepak negara.

"Mungkin Tan Sri (Annuar) menggambil pendekatan 'apa salahnya' menghantar dahulu nama untuk bertanding. Ini kerana soal mahu bertanding atau tidak boleh dijawab kemudian.

"Sehingga 13 haribulan (Februari) ini, calon-calon masih boleh menarik diri atau menerima pencalonan," jelas Yusoff.

Senario sama juga disuarakannya berkenaan seorang lagi calon presiden FAM, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang belum mengesahkan sebarang status untuk bertanding jawatan presiden.

Tegas Yusof, Khairy sendiri sedia maklum tugas selaku Menteri Belia dan Sukan dilihat sebagai satu tanggungjawab besar.

"YB KJ telah mengumumkan akan memberi laluan kepada TMJ. Jadi, kemungkinan selepas TMJ menyerahkan borang pencalonan, YB tidak akan bertanding," tambahnya.

About Author

Amirul Azreen

Comment