Pemain 'senior' ciri pilihan Bernhardt lantik kapten

By Shaiful Shamsudin 31 January 2017
Pemain 'senior' ciri pilihan Bernhardt lantik kapten
Jurulatih skuad B-22 negara, Frank Bernhardt, tidak bercadang menjadikan Matthew Davies sebagai ketua pasukan biarpun pemain pertahanan itu kini meurpakan kapten bersama Pahang. 

Berdasarkan pengalaman, Davies dilihat calon berkelayakan berbanding majoriti pemain dalam skuad B-22 negara selepas hampir tiga musim bersama Pahang selain sering terpilih dalam skuad kebangsaan. 

Di samping dilantik selaku ketua pasukan bersama Pahang, Davies dilihat calon paling layak memakai lilitan kapten B-22. 

"Saya akan melantik pemain yang telah bersama pasukan B-22 sejak dari awal lagi. Matthew baru dua kali sahaja bermain di bawah bimbingan saya," katanya.

Namun, Bernhardt memiliki pandangan tersendiri mengenai Davies dan berasakan pemain yang lebih lama dalam pasukan lebih layak memikul tugasan terbabit. 

Bernhardt memberi bayangan awal 18 pemain yang akan berkunjung ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam, terdiri daripada mereka yang sering kali terpilih bersama pasukan masing-masing dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). 

Ia penting kerana pemain-pemain terbabit mempunyai kecergasan yang diperlukan untuk bertemua skuad B-22 Vietnam, 7 Februari ini. 

"Penting untuk mereka beraksi dalam liga. Malah, anda boleh lihat mereka lebih berkeyakinan ketika sesi latihan. 

"Mereka lebih pantas dan dapat mengawal bola dengan lebih baik."

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment