PDRM mahu Paroi jadi gelanggang tuan rumah

By Ammar Hakim 2 January 2017
PDRM mahu Paroi jadi gelanggang tuan rumah

Pengurus PDRM, Mubin Mokhtar, berharap Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, dapat dijadikan gelanggang tuan rumah buat pasukannya sepanjang musim ini selain Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebagai pilihan alternatif.

PDRM yang beraksi di Stadium Hang Jebat, Melaka sebelum ini masih buntu dalam pencarian stadium yang akan mereka gunakan untuk musim 2017.

Jelas Mubin, pilihan utama buat PDRM musim ini ialah di Paroi dan mereka masih menanti maklum balas daripada Majlis Perbandaran Seremban serta Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan.

"Banyak stadium yang terdekat sedang menjalani penambahbaikan untuk persiapan Sukan SEA 2017 nanti, jadi ia merupakan kekangan kami dalam mencari stadium untuk dijadikan gelanggang utama kami," ujarnya.

Sementara itu, Mubin mengesahkan pasukannya membawa masuk dua pemain dari PKNS, Shahurain Abu Samah dan Shakir Ali, secara pinjaman.

Kehadiran Shahurain dan Shakir ternyata melegakan ketua jurulatih, Fauzi Pilus, kerana mereka berdua merupakan pemain berpengalaman.

"Kami telah dimaklumkan kedua-duanya memiliki kontrak bersama PKNS tetapi tidak dapat didaftarkan di dalam skuad, jadi kami mendapatkan mereka secara pinjaman."

"Saya sendiri yang membuat keputusan untuk dipinjamkan keluar daripada PKNS, saya masih lagi berusaha mendapatkan keserasian bersama skuad PDRM," kata Shahurain.

 

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

SSPL: Puchong United BC on song

By Shaiful Shamsudin 31 Disember 2016. 1.17 PM