Papua New Guinea ujian Malaysia sebelum aksi Piala Suzuki AFF

By Ammar Hakim 2 October 2016
Papua New Guinea ujian Malaysia sebelum aksi Piala Suzuki AFF

Papua New Guinea akan menjadi lawan terakhir yang ditentang pasukan negara pada pertengahan November sebelum mereka berangkat ke Yangon, Myanmar menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2016.

Pengendali kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, mengesahkan pertemuan kedua dengan Papua New Guinea kali ini akan dilangsungkan di ibu negara.

Aksi berdepan skuad di ranking 162 dunia itu, akan menjadi medan pemilihan terakhir buat Kim Swee menilai pemain yang akan bawa cabaran negara di Piala AFF.

Pertemuan kali pertama 17 Jun lalu, skuad negara tewas 0-2 kepada Papua.

“Mereka telah memohon untuk bertemu kami sekali lagi, ini merupakan peluang buat kami untuk membuat penilaian semula bagi membuat persiapan untuk perlawanan ini,” kata Kim Swee.

Skuad negara yang adakan sesi latihan ringan pada Ahad, turut menerima kehadiran beberapa pemain yang baharu melaporkan diri selepas beraksi di Piala Malaysia.

Antaranya ialah Khairul Helmi Johari, Mohd Rizal Ghazali, Shahrom Kalam dan Syazwan Zainon sekali gus melengkap bilangan kepada 30 pemain.

“Agak terkejut, tanggungjawab saya semakin besar untuk menyarung jersi skuad kebangsaan,” jelas Khairul Helmi.

“Terima kasih kepada jurulatih kerana memilih saya, jika diberikan peluang, saya akan memberikan yang terbaik buat pasukan negara,” ujar Rizal Ghazali.

 

About Author

Ammar Hakim

Comment