Nazrin, Jasazrin enggan dilabel bintang

By Ammar Hakim 20 December 2016
Nazrin, Jasazrin enggan dilabel bintang

Tonggak baru Perak, Nazrin Nawi dan Jasazrin Jamaluddin, enggan dilabel sebagai pemain berstatus bintang walaupun nilai kedua-duanya dikatakan mencecah RM1.5 juta.

Perpindahan Nazrin dan Jasazrin dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Perak mencetus sensasi susulan pendedahan JDT mengenai nilai kedua-dua pemain itu.

Harga yang diletakkan kepada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kemudian dipersetujui untuk direndahkan, namun tidak didedahkan JDT.

Tatkala nilai itu tampak meletakkan mereka dalam kelas tersendiri, Nazrin dan Jasazrin, bagaimanapun, bersikap rendah diri mengenai reputasi masing-masing. 

“Bagi saya, semua pemain adalah sama, jika seorang pemain itu bekerja keras, akan mendapat hasil yang lebih,” kata Nazrin.

“Dengan pengalaman bersama JDT, saya akan cuba untuk membantu Perak yang rata-rata pemain yang masih muda,” ujar Jasazrin.

Bagaimanapun, Nazrin dan Jasazrin bertekad menjadikan musim 2017 sebagai medan kebangkitan dalam karier masing-masing setelah gagal menyinar ketika saingan musim ini.

“Tahun ini saya kurang beraksi, saya memilih untuk menyertai Perak dan mencari semula sentuhan saya,” tambah Nazrin.

“Saya ingin mencuba angin yang baru. Dengan perpindahan ini, saya berharap dapat membarisi kesebelasan utama pasukan,” jelas Jasazrin.

 

About Author

Ammar Hakim

Comment