Nasir Basharuddin sedia bukti kemampuan

By Staff Writer 30 September 2016
Nasir Basharuddin sedia bukti kemampuan
Pemain tengah negara, Mohd Nasir Basharuddin, tidak terasa apabila dia hanya dilabelkan sebagai pilihan kedua, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk membuktikan dia layak menyarung jersi negara ketika ini.

Pilihan pertama atau kedua, kehadirannya dalam kem latihan negara tetap sama, iaitu membantu skuad kebangsaan yang dalam persediaan menghadapi saingan Piala AFF.

Tidak mahu berkecil hati apabila namanya hanya di panggil selepas tiga pemain Johor Darul Ta'zim II (JDTII) dipanggil pulang Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Nasir tidak mahu hal remeh-temeh itu mengganggu tumpuannya bersama skuad negara.

"Menjadi pilihan pertama atau kedua bukan masalah besar pada saya, kerana jurulatih mungkin ada pilihan berdasarkan taktikal dia. Jadi, itu bukan isu besar," katanya.

Selepas meninggalkan memori hitam menerusi kekalahan terbesar 10-0 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE), kali terakhir dia bersama skuad negara setahun lalu, Nasir tidak rela tregedi itu berulang kembali.

Dia yang masih berasa sakit dengan kecederaan pangkal paha, tidak sesekali mengalah hanya kerana masalah yang dianggapnya kecil itu.

"Awal tahun ini saya banyak mengalami kecederaan, jadi mungkin itu antara sebab saya tidak disenaraikan bersama skuad kebangsaan," tambahnya lagi.

About Author

Staff Writer

Comment