Naib Presiden FAM: Joehari, Abdul Ghani cipta kejutan

By Ammar Hakim 25 March 2017
Naib Presiden FAM: Joehari, Abdul Ghani cipta kejutan

Jawatan naib presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menampilkan dua muka baru, Mohd Joehari Mohd Ayub dan Datuk Abdul Ghani Hasan, yang mencipta kejutan apabila meraih dua undian tertinggi, diikuti Datuk S. Sivasundram dan Datuk Rosmadi Ismail.

Mohd Joehari, yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA), menang selesa apabila mendapat 34 undi daripada perwakilan Kongres FAM Ke-53 di Petaling Jaya, hari ini.

Bagi Joehari, beliau sama sekali tidak menjangka mampu meraih undian tertinggi, malah menganggap kemenangannya sebagai satu penghormatan kepada negeri Sabah.

"Ini adalah satu kejutan di atas kemenangan ini, ini adalah satu keputusan yang baik kerana saya adalah wakil tunggal dari Sabah," katanya.

Kekuatan Abdul Ghani, adik kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan, adalah latar belakang selaku bekas pemain di era 80-an serta pengurus Negeri Sembilan yang dilihat menjadi salah satu punca kemenangannya.

Justeru, beliau sedia berganding bahu dengan kepemimpinan baharu untuk membantu Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencorakkan kembali bola sepak negara di atas landasan betul.

"Saya menawarkan diri saya berdasarkan pengalaman saya sebagai pemain dan pengurus pasukan dan berharap dapat membantu meningkatkan semula mutu bola sepak negara," katanya.

About Author

Ammar Hakim

Comment