Membesar di Malaysia beri kelebihan buat Dimtri

By Ammar Hakim 15 January 2017
Membesar di Malaysia beri kelebihan buat Dimtri

Biarpun berasal dari Cameroon, pemain import MISC-MIFA, Bodric Dimtri, mempunyai keunikan tersendiri kerana dibesarkan selama empat tahun di Malaysia sejak berusia 13 tahun.

Baru berusia 19 tahun, Dimtri dilihat cukup matang berbanding usia sebenarnya dan dijangka menjadi pertaruhan utama MISC-MIFA.

Dia sebelum ini pernah beraksi di Liga Sri Lanka bersama Colombo FC serta menjadi penjaring utama kelab itu dengan 18 gol dalam 20 perlawanan.

“Saya tiba di Malaysia di usia 13 tahun untuk beraksi bersama kelab di Bukit Kiara, kemudian berhijrah ke India untuk mendapatkan pengalaman di sana,” kata Dimtri.

Dimitri ditemui pada majlis pengenalan pemain dan pelancaran jersi terbaharu MISC-MIFA di Subang Jaya, pada Ahad yang dirasmikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Sementara itu, jurulatih MISC-MIFA, Jacob Joseph, tidak berasa sebarang tekanan bagi menghadapi saingan musim ini dengan harapan mereka mampu memburu di kedudukan pertengahan Liga Perdana.

“Sasaran saya adalah untuk melayakkan diri ke Piala Malaysia, sasaran presiden pasukan adalah untuk memastikan kami terus bersaing di Liga Perdana,” kata Jacob.

 

About Author

Ammar Hakim

Comment